CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG PENDIDIKAN
PENGENALAN
Pendidikan adalah landasan penting dalam pembentukan individu dan masyarakat secara keseluruhan. Ia bukan sekadar proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, tetapi melibatkan pengalaman hidup yang meluas dari pelbagai sumber. Dalam konteks yang lebih meluas, pendidikan tidak hanya memberikan pengetahuan tetapi juga membentuk sikap, nilai, dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran yang dihadapi dalam kehidupan.Selanjutnya dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas.Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan.Perubahan yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan kita.Oleh itu,sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru berfungsi pada landasannya untuk masa depan negara.
OBJEKTIF
- MEMBERIKAN PENGETAHUAN DAN KETERAMPILAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBENTUK MASYARAKAT YANG BERJAYA
- MEMBANTU MENGEMBANGKAN KARAKTER YANG KUAT,NILAI-NILAI MORAL YANG BAIK
- MENJAMIN MASA DEPAN GENERASI MUDA YANG CERAH
FAKTOR-FAKTOR CABARAN
- Pengaruh rakan sebaya
Rakan mereka merupakan orang yang paling banyak mereka meluangkan masa bersama. Setiap tingkah laku rakan-rakan akan mempengaruhi tindakan mereka juga. Perkara ini akan berlaku jika rakan mereka juga mempunyai masalah disiplin. Sikap buruk yang ada pada rakan-rakan mereka secara tidak langsung akan berada dalam diri pelajar tersebut jika mereka tidak mahu menjauhinya. Pelajar bimbang jika mereka tidak berkawan dengan rakannya itu, mereka akan disisihkan. Perkara ini menyebabkan mereka bertindak untuk melakukan masalah disiplin tanpa memikirkan kesan buruknya. Sebagai contoh, pelajar akan menyertai perbuatan rakan mereka seperti merokok, membuli, ponteng sekolah dan sebagainya. Oleh itu, pengaruh rakan sebaya sememangnya punca yang negatif kepada pelajar.
- Pengaruh media sosial
Dalam era digital ini, media sosial telah menjadi bahagian tak terpisahkan dari kehidupan sehari-hari. Dari Facebook hingga Instagram, dari Twitter hingga TikTok, platform-platform ini telah mengubah cara kita berkomunikasi, bersosial, dan bahkan belajar. dapat mengganggu kegiatan belajar remaja.Remaja yang telah kecanduan menggunakan media sosial atau gawai tentu dapat mengganggu waktu belajar. Dari waktu belajar yang berkurang tentu akan berpengaruh pada pendidikan.
- Kondisi sosial dan ekonomi
Faktor-faktor seperti kemiskinan, ketidakstabilan keluarga, atau lingkungan yang tidak kondusif dapat memengaruhi konsentrasi dan motivasi pelajar.Ramai anak bangsa telah menjadi mangsa dalam isu kemiskinan dan terabai daripada pendidikan
- Masalah isu sosial
Masalah sosial pelajar juga termasuk penyalahgunaan dadah dan alkohol di kalangan remaja, pergaulan yang tidak sihat seperti pergaulan rakan sebaya yang negatif, serta cabaran berkaitan dengan identiti diri seperti kebingungan seksual atau ketidakselesaan dengan orientasi jantina. Hal-hal ini sering kali mempengaruhi prestasi akademik dan kesejahteraan emosi pelajar, dan memerlukan pendekatan holistik untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut.
KESAN-KESAN CABARAN
- Prestasi akedemik yang lemah
Pelajar mengalami masalah pembelajaran mungkin menghadapi kesukaran dalam memahami konsep-konsep pembelajaran, yang boleh mengakibatkan pencapaian akademik yang lemah.
- Kehilangan minat belajar
Cabaran yang berterusan dalam pembelajaran boleh menyebabkan pelajar kehilangan minat dan motivasi terhadap pelajaran,yang boleh menghalang perkembangan akademik mereka.
- Kesukaran sosial
Masalah pembelajaran boleh menyebabkan kesukaran sosial seperti rasa kurang nilai diri atau perasaan terasing dari rakan sebaya yang tidak menghadapi masalah yang sama.
- Gangguan emosi
Tekanan turut memberi kesan negatif dalam diri seseorang.Mereka yang menghadapi tekanan akan menghadapi gangguan emosi yang berat.Mereka akan marah sesuka hati,menangis di khalayak ramai dan ketawa sendirian.Secara tidak langsung,mereka yang menghadapi tekanan perlu mendapatkan perhatian doktor,psikologi dan diberi ubat penenang.
CARA MENGATASI CABARAN
- Pastikan kesaksamaan peluang pendidikan
Memastikan semua pelajar, tanpa mengira latar belakang sosioekonomi atau budaya, mempunyai akses yang sama kepada pendidikan berkualiti dan peluang untuk mencapai potensi penuh mereka.
- Berikan sokongan
Menyediakan program sokongan seperti bimbingan dan kaunseling, program pembangunan akademik tambahan, dan sokongan khas untuk pelajar dengan keperluan.
- Galakkan colabrasi antara pelbagai pihak
Menggalakkan kerjasama antara kerajaan, institusi pendidikan, komuniti tempatan, dan industri untuk meningkatkan pendidikan secara holistik, menyeluruh, dan berkesan.
- Mencari rakan yang tepat
Mencari rakan yang betul merupakan langkah krusial dalam menangani cabaran-cabaran yang timbul dalam arena pendidikan. Kerana dalam perjalanan mendidik dan belajar, kesatuan tenaga dan kolaborasi dengan individu yang berkongsi visi dan matlamat yang serupa tidak hanya memberi sokongan emosi yang penting, tetapi juga memperkaya proses pembelajaran dengan idea-idea kreatif, bimbingan yang berkesan, dan sumber daya yang diperlukan untuk mencapai kejayaan yang berkekalan dalam pembangunan ilmu dan kemahiran pelajar.
RUMUSAN
Kesimpulannya,pada era globalisasi ini atau dunia tanpa stransformasi sempadan telah memaksa industri pendidikan di malaysia untuk melalui era yang sangat dirasai gelombangnya.Perkembangan dunia aspek ekonomi,sosial,politik dan teknologi seharusnya menjadi penunjuk asa kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti yang berasaskan kepercayaan kepada tuhan,semangat patritisme dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa malaysia,dan manusia yang bertaraf dunia.para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru ,adab ke-21 .semoga segala cabaran yang dihadapi dalam pendidikan ini dapat diatasi.
RUJUKAN
- https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/11/888061/5-kaedah-mudah-menangani-murid-malas-belajar-tidakfokus
- https://personajohor.blogspot.com/2009/10/menangani-pelajar-bermasalah-pengajaran.html#google_vignette
- https://muhammadnaquibajmal.blogspot.com/2017/08/kesan-kesan-masalah-gejala-sosial.html
- https://www.sinarharian.com.my/article/149333/lsquominat-untuk-belajar-semakin-pudarrsquo


singkat , padat , lengkap
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsiannya !
ReplyDelete